Wednesday, 16 November 2011

Cara Memegang Kamera

Ramai dikalangan kita yang ada DSLR tapi masih terkial-kial nak pegang DSLR tu... Kamera dah la berat, kalau salah pegang nanti kita jadi lengoh2 tangan nie... Yang paling kita takut, kamera kita terlepas dari tangan kita... Mintak dijauhkan la... Sapa tak sayang DSLR wei... Ok, jom kita ketahui bagaimana nak pegang DSLR dengan baik.....

1. Gunakan tangan kanan bagi menggenggam bahagian kanan kamera.
2. Jari telunjuk perlu berada di atas butang shutter. Tiga jari yang lain berada pada bahagian hadapan kamera dan ibu jari pula berada di belakang kamera. Gunakan pegangan yang kukuh.
3. Posisikan tapak tangan kiri pada bahagian bawah kamera tetapi adalah lebih baik sekiranya jari tangan kiri berada pada lensa.


4. Kestabilan adalah lebih kukuh sekiranya dapat bersandar pada permukaan yang stabil , duduk ataupun berlutut.
5. Sekiranya tiada tempat bersandar, posisikan kedua kaki selari dengan bahu supaya mendapat posisi yang stabil.

Cara yang kurang tepat...




No comments:

Post a Comment